Tuesday, 8 March 2016

PERJUANGAN

Shida Ninot | 3/08/2016 | 0Comments |

Buat kamu di sana.
Berjuanglah dengan lembing lembing tarbiyah
Tusuklah hati hati yang masih goyah.
Panahkan pada iman yang sudah patah.

Buat kamu yang jauh di sana.
Berjuanglah dalam meraih kasih Tuhan.
Terus menggali ilmuNya di bumi bertuah.
Tinggalkan semua sisa sisa jahiliyah.

Kamu adalah permata.
Tabah dan cekallah dalam mengharung susah dan payah.

Kamu kuat.
Ya, saya tahu.
Kamu, boleh buat !

-UNKNOWN-

Wednesday, 2 March 2016

TERIMA KASIH CIKGU

Shida Ninot | 3/02/2016 | 1Comments |

Harini cuti setelah kerja pagi 5 hari. So harini decide nak mereput je kat rumah sambil baca buku, main sudoku dan latest hobi--> masak 😙

Masa tengah main sudoku tadi tiba tiba macam bosan so terpikir nak buat soalan math.. Tapi xde buku latihan.. Kalau adik balik drpd asrama kompem shida lenjan buku dia and buat latihan math sambil ajar dia. Well, shida ni mmg minat gila math. Tapi dah banyak yg lupa. 😭.

Throwback jap.
masa Form 2, shida belajar dengan sorang ustaz ni. Ustaz X nama dia.. MasyaAllah.. belajar math dengan dia hampir semua topik xfaham. End up setiap kali time math shida akan tidur or main main kat belakang. Pastu result final year TAK LULUS. Nanges nanges.. sebab peraturan sekolah masa tu.. dapat 10A sekalipun..kalau ada 1 subjek fail maka kau duduklah di kelas last.

Masa tu down sgt sebab budak kelas last kat skola ni ramai nakal nakal dengarnya. So shida lalui Form3 dalam kelas last.. Belajar math dengan ustaz lain.. Alhamdulillah PMR dapat A!!! Masa Form4 plak.. again! belajar admath dengan Ustaz X.. bukan tu je.. fizik pon belajar dengan dia.. Ya Allah.. masa tu rasa xsuka sangat.. ponteng kelas xpayah ckpla.. Ustaz X xperasan pon. So final dapatla shida FAIL dalam addmath & fizik.. Nasib baik subjek lain oke.. dan masa tu peraturan yg lain..so boleh steady dlm kelas yg sama..yeay

So masa F5 addmath belajar ngn ustazah. Fizik still Ustaz X yg ajar.. end up result SPM keluar je.. addmath dpt A!! Fizik Fail kau! Nasib baik result lain bagus bagus. heks..dptla merasa masuk KMJ amik sains hayat.... 

Masa kat KMJ amik subjek bio kimia n math yg utama.. Masalah kalini dpt lect Bio yg hmm..hm...xsuka.. so result sem 1 kimia A,math A, Bio? Bio C! dahla tu C tolak pulak.. so sad.. Sir Bio pon kecik hati sebab result shida paling teruk DAN shida kene ikut kelas personal dengan dia.. Nanges.. Nanges.. Result dah teruk. mana mungkin dpt jadi doktor. Dengan bisikan kawan kawan yg konon nanti shida dpt Uni dengan kos sampah. Shida pon decide nak keluar n mohon SPA.. Sir Bio cakap.. kalau pergi belajar nursing, lagila shida akan gagal kalau xnak ubah diri cintakan subjek tu.. Act bukan xsuka Bio. Tapi xsuka Sir.. 

Hasilnya shida dapat 4Flat dalam subjek anatomi masa Sem 1 Nursing. Dengan PNGK 3.8+ . Merasa pulak jadi best student. Huhu.

So kesimpulannya bila fikir balik.. Tak baik kita xsuka dekat cikgu kita.. Badi tau.. Kita xsuka dia, ilmu dia bagi xberkat. Tu yang susah sgt nk paham apa yg dia ajar.. Allahuakhbar.. Bila kat Kolej Nursing. Rasa menyesal pon ada xbelajar Bio betul betul. Tapi.. bila kita pandang dengan hikmah.. Masya Allah.. Ada sebab kenapa shida FAIL Bio.. Sebabnya shida xmampu nak jadi doktor.. Jadi Nurse pon dah separuh nyawaa.. Apatah lagi doktor. Ye dak? Allah letakkan kita takat yg kita mampu hadapi. Dan Inilah jalan Shida 😁

Tuesday, 1 March 2016

MAKEUP TEBAL

Shida Ninot | 3/01/2016 | 0Comments |
Zaman dolu dolu
Masa tengah sibuk sibuk dekat wad tadi, dapat call daripada sister. Urgent katanya..

SR: Shida, masa nurses day nanti kitorang ada nak buat kelas grooming, boleh x shida ajar makeup? Ajar grooming sekali..

Allah.. hati ni terus macam.. erm.. ntah, xtau nak describe macam mana. Lepas ditampar oleh makcik hidayah shida tinggalkan terus dunia tu. Dunia yg boleh dikatakan dunia glamour pada shida. Huhu.

Zaman yang mana masa tu update blog sume pasal kecantikan.
Zaman yang mana masa tu sibuk layan wasap drpd orang yg baca blog utk dapatkan tips.
Zaman yang mana masa tu pergi mana mana orang akan tegur pasal kulit, makeup dan shawl.

Tapi sekarang shida tinggalkan dunia tu. Tinggalkan semua. Shida mula biasakan diri "less is more" .. G kerja sekarang pon xmekap dah.. Senang nak solat. Cepat sikit prosedurnya. *happy.

Tapi jauh dasar hati mmg teringin jugak ajar org makeup balik. Tapi.. takut, takut kalau kalau org yg shida ajar tu.. berhias tidak kene tempatnya... Tak mau Tak mau. Alah.. ntahla.. xtau apa sebenarnya. Yang penting.. xnak buat...sorry sister.


Balik kerja terserempak pulak dengan matron. Alahai~ Maaf, saya mmg dah xajar orang berhias ni😭