Tuesday 27 October 2015

Selamat Tinggal Mimi

Unknown | 10/27/2015 | 1Comments |
Petang tadi Mimi kemain happy main kejar kejar dengan Bulat. Act sejak dyorg rapat memang xpernah berpisah. Mimi rapat dengan Bulat sejak Citam hilang.Allah...apalah dosa kakak. Mana la Citam skunk T_T .

Berbalik pada cerita Mimi, kakak nak bagi makan wet food dalam 9pm tadi. Semua bulus bulus ada, selalunya Mimi yg paling excited bab makan. Tapi td Mimi xde. Mimi pergi mana? Penat kakak jerit panggil Mimi. Kakak bagi yang lain makan dan tinggalkan wetfood bahagian Mimi. Nanti Mimi balik mesti lapar. Mimi kan kuat makan n paling bising time lapar. Yang kakak pelik, Mimi kecik je even makan 20kali sehari. Haha. Alahai Mimi~

Pukul 10pm akak usha lg kot kot Mimi dah balikk. Tapi, xde.. kakak risau tau.. Mimi dengan Bulat kan selalu berkepit. Ni kakak tengok Bulat sorang sorang n nak duduk dalam rumah. Hmm...

Pukul 11pm. Ayah balik dari kedai. Ayah jumpa Mimi.. Ayah senyum sebab dia tau kakak akan happy bila tengok Mimi tengah tidur. Eish.. tidur kat tepi garaj rupanya. :') . Tapi, bila ayah pegang Mimi. Keras. Kaku. Mimi dah xde. Ada orang terlanggar Mimi. Dan Mimi berjalan ke tepi garaj untuk habiskan sisa hidup. Mimi hadapi saat perit sendiri tanpa kakak.

Ya Allah.. xdapat kakak bayangkan.. Kakak still ingat macam mana kakak jaga Mimi masa Mimi sakit mata. Masa tu Mimi demam teruk. Mata tersembul keluar. Siang malam kakak jaga n bg makan ubat kat Mimi. Sampai mata Mimi sihat semula dan cantik. Kakak rindu Mimi..

Kakak sedih sebab xde kat sisi Mimi masa saat akhir Mimi. Kakak sedih sebab xsempat bg Mimi makan. Mimi mesti laparkan tadi. Kakak minta maaf Mimi.. :'( Macam mana la Bulat tidur malam ni. Dr td kakak dengar bunyi loceng dia. Dia xtido lagi smpi sekarang. Dah xde kawan nak main smpai tercampak badan dengan dia lagi. Dah xde siapa nak tidur berhimpit dalam pasu dengan dia. Allah :'( Semoga kakak redha Mimi dah xde. ....

Citam si nakal dan lincah hilang dah sebulan. Puas kakak cari. Mimi muram dan asyik tidur je masa citam hilang. Lama lama Mimi okey bila Bulat dah mula main main dengan Mimi. Baru je Bulat merasa ada kawan. Mimi pulak tinggalkan dia. Mimi dan Citam. Maafkan kakak sebab gagal jaga korang dengan baik. T_T

Friday 9 October 2015

Masih Mencari Solehah

Unknown | 10/09/2015 | 0Comments |
Terjumpa HO kat mall. Esoknya kat tempat kerja.

HO :Hey shida, semalam buat apa kat UO?
Me :Saja shopping shopping ngn ibu saya sikit.
HO :Ohh.. baguslah, solehah kan shida ni.
Me :Jangan ckp mcmtu..
HO :Eh, betullah......
Me :Krik krik dan berlalu pergi.

Tak tahulah sejenis perasaan apakah yang aku rasa bila orang judge aku melalui pemakaian aku. Aku masih jauh untuk sampai gelaran tu. Jauh dan tersangat jauh.

Allah je tau siapa aku sebenarnya. Hamba yang mana setiap hari masih saja berperang dengan diri sendiri untuk mengejar tiket ke syurga. Hamba yang masih berada dalan kegelapan di dunia. Hamba yang terkadang masih lupa maksud kehidupan. Manusia yang sibuk dan sentiasa sibuk. Sehinggakan.....

Aku terlupa janji Allah pada aku, tentang kehidupan akhirat yang kekal abadi..

Ya Allah..Ya Rabb
Mohon, jangan tarik nafas ini sebelum sempat aku sujud padamu.
Mohon, jangan cabut ajal ini sebelum sempat aku berbakti pada ibu ayah ku.
Mohon, jangan matikan aku sebelum sempat aku memohon ampun.

Duhai shida, masa sedang memecut laju, ayuh berlari!!!




Wednesday 7 October 2015

Allah Bayar Cash

Unknown | 10/07/2015 | 0Comments |
EnT :Kau nak masuk organ donation ke Ebola?
Aku :Organ donationlah (*angkat beg ready nak ke bilik ceramah organ donation)
EnT :Kau g lah. Aku stay.

Erm... Tiba tiba malas. Patah balik dan duduk semula.

EnT : Eah kau kata nak g td.
Aku : Malasla, serabut. Aku ni dari ptg semalam serabut kau tau x. Hmm tula....
EnT : (Memintas) Allah bayar cash sebab kau ponteng pagi smlm. Kau serabut smpi sekarang.

Me be like uwaargggghh nanges nanges nanges.

Konvensyen 3 hari.
Hari kedua aku fly g shopping mall ngn lg dua org kawan
Kol 2 masuk semula konon nak dengar ceramah tiba tiba slh sorg kawan yg sama ponteng ditimpa musibah. Ahli keluarga terdekat meninggal.  Dan blablablabla sebab aku turut ditimpa musibah juga lepastu. Memang rasa xsedap hati sebelum ponteng tu. Huhu.

Allah, shida minta maaf.. Taknak buat lagi T_T .. Terima kasih sebab tegur. Harap harap xkena EL.

Friday 2 October 2015

Aku

Unknown | 10/02/2015 | 0Comments |
Pantai Batu Rakit, Terengganu. Rindu. Rindu bau pantai. Rindu bunyi deruan ombak. Rindu pemandangan yang luas. Rindu udara nyama. Rindu suasana tenang. Rindu semua.




Aku gadis biasa.
Yang tidak punya apa.
Masih bertatih mencari redha.
Masih mentafsir erti bahagia.
Tidak bergaya, tidak mesra dan kadangkala tidak peduli apa kata orang.
Hidup bukan untuk membuat orang suka, kerana redha Allah bukan pada redha manusia.
Jika aku leka, tegurlah.
Jika aku lupa, ingatkanlah.
Kerana aku adalah gadis biasa.
Tidak mungkin sempurna.❤