Thursday 7 September 2017

Husbandku Syurgaku

Unknown | 9/07/2017 | 0Comments |

Lama tak update. Act sebenarnya malas nk deco dlm journal sebab xde mood. hehe. So taip jela sini 😊. Sebelum terlupa. Memories~

Haritu 3/9/2017 ada family day belah ayah. Husband join la sekali kan.. Dah ada husband la kata kau. So shida yg tengah boyot 34 minggu ni nak terbuang air kecil masa tu. Bukak stokin g la toilet. After keluar toilet tu nak pakai stokin semula. Tapi masalahnya semua penjuru rumah ada orang lelaki. So jalan kepit sambil sorok kaki xberstokin tu. Jumpa port kerusi & duduk nak pakai stokin dan...oh jem..xboleh bongkok!!! Baby dlm perut kick sbb sempit. Haha. Ntah mcmana dari mana ttibe hafiz ternampak..dia terus tarik g kat satu tempat yang ada perempuan je, ambik stokin dr tgn shida, suh shida duk atas kerusi, dia melutut depan shida & nak pakaikan stokin. Dan seorang shida ter speechless add malu malu kucing dengan moment yg terjadi..Ditambah ada orang tengok. Malu kitew...

Sayangnyaaa... xdan nak amik gambo..kalau x boleh jadi instafamous. hahaha. Tq abg, I love you.. Hafiz kata dia xsweet & xromantik. Sebenarnya dia sweet&romantik cuma dia xsedar je... Shhh! Kbai!

Friday 24 February 2017

Tears

Unknown | 2/24/2017 | 0Comments |

Dahlah jauh beribu batu. Suami buat kita sedih pulak 😢 . . . #perkahwinanjarakjauh

Ibu To Be.

Unknown | 2/24/2017 | 0Comments |

Tuesday 20 September 2016

Jodoh Pasti Bertemu

Unknown | 9/20/2016 | 0Comments |

Kadang-kadang daripada apa yang kita hilang, Kita belajar menghargai apa yang kita masih ada..

Dan kadang-kadang,Daripada apa yang masih tidak kita punyai , Kita belajar mensyukuri apa yang telah kita miliki..

Kadang-kadang orang yang kita SAYANG pergi meninggalkan kita dengan berbagai-bagai alasan . Menangis tidak keruan ketika itu. Sehinggakan difikirkan bahawa DIRI ini TIDAK ADA HIDUP lagi .

Allahu. Setiap yang berlaku adalah kehendak-Nya. Mungkin ALLAH "PUTUSKAN" hubungan kalian tatkala LAGHA menjiwai diri kalian. Namun, siapa sangka jika ALLAH takdirkan kalian untuk BERTEMU dengan yang LEBIH BAIK yang kalian PERLUKAN di alam perkahwinan SESUDAH masing-masing BERUBAH menjadi orang-orang yang BAIK? JODOH itu RAHSIA ALLAH ❤

Counting days nak tukar status. Sediakah seorang shida ini? Makin dekat makin nervous 😅

Sunday 28 August 2016

Senyap Senyap

Unknown | 8/28/2016 | 0Comments |
Teruntuk kamu di masa lalu... 
Mengenal kamu adalah hal yang tidak akan pernah aku sesali..
Kerana mengenalmu menunjukkan bahagian yang salah dalam diri ini..
Kerana mengenalmu juga, aku belajar berhijrah seperti sekarang

Saturday 28 May 2016

PERNAH

Unknown | 5/28/2016 | 0Comments |
Aku pernah hancur kerana terlalu percaya.
Aku juga pernah patah kerana memilih orang yang salah.
Aku pernah terkubur dalam hati seseorang yg aku selami.
Aku pernah memutuskan untuk berjuang untuk hati yang tidak memperjuangkan aku.
Aku pernah tercerai berai ketika kasihku tak sampai.
Aku pernah tertusuk kepingan hatiku sendiri ketika aku sedang berusaha menyusunnya.
Aku pernah jatuh ketika cuba beri kesempatan.
Aku pernah ditinggalkan kerana menunggu.

Aku pernah seperti itu...Sehancur itu aku pernah bangkit hanya untuk dihancurkan kembali.

Kini... Aku bangkit kembali...bukan untuk dihancurkan semula..Aku juga layak untuk bahagia seperti orang lain. Aku juga layak merasai kegembiraan dalam kehidupan. Hatiku kini telah dijaga rapi oleh Tuhanku. Kini aku kembali tersenyum.
Indah. Bahagia. Bersama Tuhanku.

Wednesday 4 May 2016

PELANGI SELEPAS HUJAN.

Unknown | 5/04/2016 | 1Comments |

"Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari, Allah turunkan hujan...Puas kita menangisi kehilangan matahari tapi rupa2nya ALLAH nak hadiahkan pelangi yang indah..."




Dulu, aku pernah di uji dengan sangat teruk. Aku memberontak, marah, aku pertikaikan kenapa Allah pilih aku?!! Marah sangat.. Aku down.. jatuh seteruk teruknya.. Nangis sampai mata bengkak bengkak aih.. MasyaAllah.. malu bila fikir balik.. Aku lebih harapkan pada manusia berbanding Allah.

Rupa rupanya Allah nak aku balik kat DIA.. nak aku dekat dan rapat dengan DIA.. Harap hanya pada DIA.. mula dari situ aku ubah satu satu.. Aku berusaha jadi hamba yg baik dan taat.. Aku berharap 100% ada DIA , Si Pemilik hati manusia.. Manisnya ...Kalau taula manisnya mcm ni. Dari dulu balik pada Allah.. See, manusia ni dah kene lempang dengan ujian baru ingat Allah..Maafkan shida Ya Allah 😭...

Dan saat ini Alhamdulillah.. Allah hadirkan pelangi dalam hidup shida setelah dia beri hujan ..MasyaAllah.. baiknya Allah.. Seorang shida yang byk khilaf dan dosa pada Allah ni..masih lagi Dia beri rasa bahagia.. Xtau nak describe macam mana perasaan sekarang.. Menangis sekarang kerana terlalu terharu betapa baiknya Allah pada hamba yang betul betul mengharap hanya pada DIA.. Terima kasih Allah.. Janganlah KAU palingkan aku setelah kau beri hidayah Mu ini.. Terima kasih Allah..Alhamdulillah.. 

Countdown lagi sebulan. InsyaAllah :) 

Pst: Hawa! sayang mu ketat ketat