Saturday 28 May 2016

PERNAH

Unknown | 5/28/2016 | 0Comments |
Aku pernah hancur kerana terlalu percaya.
Aku juga pernah patah kerana memilih orang yang salah.
Aku pernah terkubur dalam hati seseorang yg aku selami.
Aku pernah memutuskan untuk berjuang untuk hati yang tidak memperjuangkan aku.
Aku pernah tercerai berai ketika kasihku tak sampai.
Aku pernah tertusuk kepingan hatiku sendiri ketika aku sedang berusaha menyusunnya.
Aku pernah jatuh ketika cuba beri kesempatan.
Aku pernah ditinggalkan kerana menunggu.

Aku pernah seperti itu...Sehancur itu aku pernah bangkit hanya untuk dihancurkan kembali.

Kini... Aku bangkit kembali...bukan untuk dihancurkan semula..Aku juga layak untuk bahagia seperti orang lain. Aku juga layak merasai kegembiraan dalam kehidupan. Hatiku kini telah dijaga rapi oleh Tuhanku. Kini aku kembali tersenyum.
Indah. Bahagia. Bersama Tuhanku.

No comments:

Post a Comment