Saturday, 28 May 2016

PERNAH

Shida Ninot | 5/28/2016 | 0Comments |
Aku pernah hancur kerana terlalu percaya.
Aku juga pernah patah kerana memilih orang yang salah.
Aku pernah terkubur dalam hati seseorang yg aku selami.
Aku pernah memutuskan untuk berjuang untuk hati yang tidak memperjuangkan aku.
Aku pernah tercerai berai ketika kasihku tak sampai.
Aku pernah tertusuk kepingan hatiku sendiri ketika aku sedang berusaha menyusunnya.
Aku pernah jatuh ketika cuba beri kesempatan.
Aku pernah ditinggalkan kerana menunggu.

Aku pernah seperti itu...Sehancur itu aku pernah bangkit hanya untuk dihancurkan kembali.

Kini... Aku bangkit kembali...bukan untuk dihancurkan semula..Aku juga layak untuk bahagia seperti orang lain. Aku juga layak merasai kegembiraan dalam kehidupan. Hatiku kini telah dijaga rapi oleh Tuhanku. Kini aku kembali tersenyum.
Indah. Bahagia. Bersama Tuhanku.

Wednesday, 4 May 2016

PELANGI SELEPAS HUJAN.

Shida Ninot | 5/04/2016 | 1Comments |

"Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari, Allah turunkan hujan...Puas kita menangisi kehilangan matahari tapi rupa2nya ALLAH nak hadiahkan pelangi yang indah..."




Dulu, aku pernah di uji dengan sangat teruk. Aku memberontak, marah, aku pertikaikan kenapa Allah pilih aku?!! Marah sangat.. Aku down.. jatuh seteruk teruknya.. Nangis sampai mata bengkak bengkak aih.. MasyaAllah.. malu bila fikir balik.. Aku lebih harapkan pada manusia berbanding Allah.

Rupa rupanya Allah nak aku balik kat DIA.. nak aku dekat dan rapat dengan DIA.. Harap hanya pada DIA.. mula dari situ aku ubah satu satu.. Aku berusaha jadi hamba yg baik dan taat.. Aku berharap 100% ada DIA , Si Pemilik hati manusia.. Manisnya ...Kalau taula manisnya mcm ni. Dari dulu balik pada Allah.. See, manusia ni dah kene lempang dengan ujian baru ingat Allah..Maafkan shida Ya Allah 😭...

Dan saat ini Alhamdulillah.. Allah hadirkan pelangi dalam hidup shida setelah dia beri hujan ..MasyaAllah.. baiknya Allah.. Seorang shida yang byk khilaf dan dosa pada Allah ni..masih lagi Dia beri rasa bahagia.. Xtau nak describe macam mana perasaan sekarang.. Menangis sekarang kerana terlalu terharu betapa baiknya Allah pada hamba yang betul betul mengharap hanya pada DIA.. Terima kasih Allah.. Janganlah KAU palingkan aku setelah kau beri hidayah Mu ini.. Terima kasih Allah..Alhamdulillah.. 

Countdown lagi sebulan. InsyaAllah :) 

Pst: Hawa! sayang mu ketat ketat