Sunday, 27 September 2015

Duhai Hati. Tabahlah.

Shida Ninot | 9/27/2015 | 0Comments |
Aku perlu tabah.
Untuk sembunyikan hiba di hati.

Aku perlu kuat.
Untuk menyeka air mata,
Daripda berjuraian di pipi.

Aku perlu redha.
Untuk melepaskan kau pergi.
Pergi jauh dari sini.
Mencari cinta Illahi.

Tapi seorang 'aku' ini,
Mulut mengaku redha,
Bibir mengukir senyum,
Pura pura kuat di khalayak.

Hakikatnya,
Seorang 'aku' ini sering tewas,
Dihanyut emosi.

Wahai hati,
Tolonglah kuat.
Tolonglah tabah.
Tolonglah redha.

Lepaskan...
Relakan...
Redhakan...

Jom kembali menemui tuhan Ya Rabbi.

Tuesday, 8 September 2015

Bulat & Mimi

Shida Ninot | 9/08/2015 | 0Comments |
Malam malam ni rasa sedih memikirkan dua ekor kucing nakal bulat & mimi. Kisahnya sejak bulat datang rumah ni. Dia sembelit, overdose manja dan gedik xmau berenggang dgn aku.

Mimi yg selama ni aku manjakan terabai selama hampir 6 hari. T_T ttbe smlm. Mimi xde seharian dekat rumah. Malam baru balik. Pastu bila aku dukung n peluk dia. Dia diam n xmelawan. Aku cek badan dia. MasyaAllah. Mimi selesema teruk. Mata belah kiri sakit dan bengkak teruk. Allah. Jatuh jantung ni. Maafkan kakak mimi. Terus aku asingkan dia n bersihkan badan,mata dan bg mkn ubat n suap air bagai bagai.

Malam ni mimi tido dgn aku. Sbb aku nk monitor dia hourly untuk bg air. Huu.. Bulat yg selalu tidur ngn aku terpaksa aku letak luar . T_T Sedih sbb bulat still xtau jalan g toilet. Memula mmg nk angkut masuk bilik. Ttiba dy nk shishi. Aku angkat masuk smartsift dan tinggalkan dia. Semoga dia belajar kat mana toilet dia terletak. Huu. Esok kakak jumpa bulat ya. Kakak kene jaga mimi mlm ni..

Ya Allah, lindungi lah adik adik bulus aku ya. Akku tak sanggup tengok dyorg sakit. T_T

Sunday, 6 September 2015

Wanita Mujahadah

Shida Ninot | 9/06/2015 | 0Comments |


Wanita solehah itu,
Adalah wanita mujahadah
Di hatinya tersimpan sekeping hati yang gerun
kepada azab Allah
Di jiwanya tersembunyi rasa kasih dan cinta
yang menggunung kepada Illahi
Melebihi cintanya
kepada sang makhluk dn diri sendiri
Dia memahami
hakikat diri cuma hamba abadi
Lalu dipautkan
seluruh perjalanan hidup
MENCARI REDHA YA RABBI

Persoalannya. Adakah kita mampu. Jaga hati. Jaga iman. 


Pujuk

Shida Ninot | 9/06/2015 | 1Comments |
Si Boolat tengah syiok tido. Kakak geram!


Pagi yang hening. Aku cuba muhasabah diri. Diri selalu lalai. Selalu lupa. MasyaAllah. Dugaan demi dugaan aku lalui. Berperang dengan diri sendiri bukan mudah. Aku asyik terjatuh. Aku kecewa dengan diri. Aku sakit. Aku lemah. Allahurobbi. Aku mohon. Peluklah aku Ya Allah. Agar aku kuat. T_T

Bila fikir balik kesakitan dan kekecewaan yang aku alami. Aku selalu rasa yang aku lah yang paling parah. Keadaan aku ni yang paling duka.

Tapi hakikat sebenarnya, aku lupa. Allah uji bukan untuk menyeksa. Allah uji tanda Dia sayang. Makin besar ujian. Maknanya Allah makin sayang. Aku hanya perlu sabar dan sandarkan 100% pada Dia. Kan Allah bagi ujian ikut keperluan hamba-Nya. Kenapalah aku ni susah sangat nak ingat? Ujian tanda Allah sayang.

Wahai shida, tolonglah kuatkan diri. Kata nak syurga. Ramai lagi yang ujian hidupnya lebih susah berbanding ujian hidup kau. Mungkin bagai langit dan bumi bezanya.

Shida, sakit ni sikit je. Pujuk.

Thursday, 3 September 2015

Stokin Dan Handsock

Shida Ninot | 9/03/2015 | 1Comments |


Alhamdulillah. Dua hari cuti. Berjaya jugak renovate bilik dengan jayanya. Yeah. New look. Masa proses mengemas. Shida kumpulkan semua barang dan susun baik baik. Susun cantik cantik.

Dan apa yang shida perasan. Stokin dan handsock sekarang dah banyak. Masing masing penuh satu bakul. Especially handsock. Banyak nau nau pattern & colour yang comel comel. Senyum. Siapa sangka sekarang dua mende ni mmg shida wajib pakai bila keluar rumah. Berbanding dulu. Tshirt pendek yg jadi pilihan. MasyaAllah. Terima kasih Allah. Sentuh hati shida. Bagi peluang nak berubah.

Bukan mudah nak mula pakai stokin dan handsock. Masa mula mula pakai ada yg cakap mcm baru lepas pantang pakai stokin keluar rumah. Macam ustazah pakai handsock setiap masa. Senyum jelah. Allah kira semua tu.

Tapi apa yang menggembirakan, ada juga yang tanya macam mana nak mula? Allahu, bila kita nak berubah kerana Allah, Allah akan dekatkan kita dengan orang yang nak berubah juga. Sama sama menuju Syurga-Nya. :).

Tak biasa beratokin. Tak biasa pakai handsock. Takpa. Kita sama sama usahakan. Mula mula memang rasa panas. Tak selesa. Lama lama, kita akan terbiasa. Sampaila satu tahap, bila kita tak pakai stokin, tak pakai handaock kita rasa malu, rasa tak selesa, rasa tak selamat. Allahurobbi. Itu semua tanda tanda kita cinta pada diri dan maruah kita.

Selamat berstokin dan berhandsock ya sahabat!

Wednesday, 2 September 2015

Bismillahirrahmanirrahim.

Shida Ninot | 9/02/2015 | 0Comments |
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Dengan rasminya blog ini dibuka. Hiks. Macam perasmian pulak. Setelah hampir setahun lebih tak berblog. Harini shida buat comeback. T_T

Blog lama dah delete atas sebab sebab tertentu. Blog lama tu delete tahun lepas. Mula bukak masa 2008. Huu..lama kot. Tapi apakan daya. Terpaksa jugak delete. Hmm tapi takpe. InsyaAllah dalam blog yang baru ni shida nak taip yang baik baik je. Cakap baik baik. Share yang baik baik.