Sunday 6 September 2015

Pujuk

Unknown | 9/06/2015 | 1Comments |
Si Boolat tengah syiok tido. Kakak geram!


Pagi yang hening. Aku cuba muhasabah diri. Diri selalu lalai. Selalu lupa. MasyaAllah. Dugaan demi dugaan aku lalui. Berperang dengan diri sendiri bukan mudah. Aku asyik terjatuh. Aku kecewa dengan diri. Aku sakit. Aku lemah. Allahurobbi. Aku mohon. Peluklah aku Ya Allah. Agar aku kuat. T_T

Bila fikir balik kesakitan dan kekecewaan yang aku alami. Aku selalu rasa yang aku lah yang paling parah. Keadaan aku ni yang paling duka.

Tapi hakikat sebenarnya, aku lupa. Allah uji bukan untuk menyeksa. Allah uji tanda Dia sayang. Makin besar ujian. Maknanya Allah makin sayang. Aku hanya perlu sabar dan sandarkan 100% pada Dia. Kan Allah bagi ujian ikut keperluan hamba-Nya. Kenapalah aku ni susah sangat nak ingat? Ujian tanda Allah sayang.

Wahai shida, tolonglah kuatkan diri. Kata nak syurga. Ramai lagi yang ujian hidupnya lebih susah berbanding ujian hidup kau. Mungkin bagai langit dan bumi bezanya.

Shida, sakit ni sikit je. Pujuk.

1 comment:

  1. nice entry
    http://lianasulaiman96.blogspot.my/

    ReplyDelete