Tuesday 20 September 2016

Jodoh Pasti Bertemu

Unknown | 9/20/2016 | 0Comments |

Kadang-kadang daripada apa yang kita hilang, Kita belajar menghargai apa yang kita masih ada..

Dan kadang-kadang,Daripada apa yang masih tidak kita punyai , Kita belajar mensyukuri apa yang telah kita miliki..

Kadang-kadang orang yang kita SAYANG pergi meninggalkan kita dengan berbagai-bagai alasan . Menangis tidak keruan ketika itu. Sehinggakan difikirkan bahawa DIRI ini TIDAK ADA HIDUP lagi .

Allahu. Setiap yang berlaku adalah kehendak-Nya. Mungkin ALLAH "PUTUSKAN" hubungan kalian tatkala LAGHA menjiwai diri kalian. Namun, siapa sangka jika ALLAH takdirkan kalian untuk BERTEMU dengan yang LEBIH BAIK yang kalian PERLUKAN di alam perkahwinan SESUDAH masing-masing BERUBAH menjadi orang-orang yang BAIK? JODOH itu RAHSIA ALLAH ❤

Counting days nak tukar status. Sediakah seorang shida ini? Makin dekat makin nervous 😅

Sunday 28 August 2016

Senyap Senyap

Unknown | 8/28/2016 | 0Comments |
Teruntuk kamu di masa lalu... 
Mengenal kamu adalah hal yang tidak akan pernah aku sesali..
Kerana mengenalmu menunjukkan bahagian yang salah dalam diri ini..
Kerana mengenalmu juga, aku belajar berhijrah seperti sekarang

Saturday 28 May 2016

PERNAH

Unknown | 5/28/2016 | 0Comments |
Aku pernah hancur kerana terlalu percaya.
Aku juga pernah patah kerana memilih orang yang salah.
Aku pernah terkubur dalam hati seseorang yg aku selami.
Aku pernah memutuskan untuk berjuang untuk hati yang tidak memperjuangkan aku.
Aku pernah tercerai berai ketika kasihku tak sampai.
Aku pernah tertusuk kepingan hatiku sendiri ketika aku sedang berusaha menyusunnya.
Aku pernah jatuh ketika cuba beri kesempatan.
Aku pernah ditinggalkan kerana menunggu.

Aku pernah seperti itu...Sehancur itu aku pernah bangkit hanya untuk dihancurkan kembali.

Kini... Aku bangkit kembali...bukan untuk dihancurkan semula..Aku juga layak untuk bahagia seperti orang lain. Aku juga layak merasai kegembiraan dalam kehidupan. Hatiku kini telah dijaga rapi oleh Tuhanku. Kini aku kembali tersenyum.
Indah. Bahagia. Bersama Tuhanku.

Wednesday 4 May 2016

PELANGI SELEPAS HUJAN.

Unknown | 5/04/2016 | 1Comments |

"Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari, Allah turunkan hujan...Puas kita menangisi kehilangan matahari tapi rupa2nya ALLAH nak hadiahkan pelangi yang indah..."




Dulu, aku pernah di uji dengan sangat teruk. Aku memberontak, marah, aku pertikaikan kenapa Allah pilih aku?!! Marah sangat.. Aku down.. jatuh seteruk teruknya.. Nangis sampai mata bengkak bengkak aih.. MasyaAllah.. malu bila fikir balik.. Aku lebih harapkan pada manusia berbanding Allah.

Rupa rupanya Allah nak aku balik kat DIA.. nak aku dekat dan rapat dengan DIA.. Harap hanya pada DIA.. mula dari situ aku ubah satu satu.. Aku berusaha jadi hamba yg baik dan taat.. Aku berharap 100% ada DIA , Si Pemilik hati manusia.. Manisnya ...Kalau taula manisnya mcm ni. Dari dulu balik pada Allah.. See, manusia ni dah kene lempang dengan ujian baru ingat Allah..Maafkan shida Ya Allah 😭...

Dan saat ini Alhamdulillah.. Allah hadirkan pelangi dalam hidup shida setelah dia beri hujan ..MasyaAllah.. baiknya Allah.. Seorang shida yang byk khilaf dan dosa pada Allah ni..masih lagi Dia beri rasa bahagia.. Xtau nak describe macam mana perasaan sekarang.. Menangis sekarang kerana terlalu terharu betapa baiknya Allah pada hamba yang betul betul mengharap hanya pada DIA.. Terima kasih Allah.. Janganlah KAU palingkan aku setelah kau beri hidayah Mu ini.. Terima kasih Allah..Alhamdulillah.. 

Countdown lagi sebulan. InsyaAllah :) 

Pst: Hawa! sayang mu ketat ketat

Monday 4 April 2016

Hati hati menjaga hati.

Unknown | 4/04/2016 | 0Comments |


*speechless.
Kita merancang dengan cita cita.
Tapi Allah merancang dengan cinta.
Perancangan Dia jugalah yg sebaik baiknya untuk kita.

Hai lah shida. Mohon jaga hati tu sikit. Minta pada Allah beri kekuatan kat diri tu haa.. Lemah beno tu nengoknya.. Andai boleh ulang balik waktu yg terbuang dulu. Nak fix balik apa yg dah jadi.. Allah, apa yang aku merepek memalam ni... Shida, waktu xberhenti dan detik detik xkan kembali. . . Teruskan jalan ya.. Ya Allah.. ampunkan shida Ya Allah.. sebab sampai saat ni.. masih lagi gagal.jadi hamba yg baik. 

Kejap nangis. Kejap ketawa. Kejap bahagia. Kejap menderita. Semua yang jadi dlm hidup ni, pasrahkan pada Dia yang Maha Mengatur hidup.

Boleh kan shida yang kuat? 

*Crying.

Tuesday 8 March 2016

PERJUANGAN

Unknown | 3/08/2016 | 0Comments |

Buat kamu di sana.
Berjuanglah dengan lembing lembing tarbiyah
Tusuklah hati hati yang masih goyah.
Panahkan pada iman yang sudah patah.

Buat kamu yang jauh di sana.
Berjuanglah dalam meraih kasih Tuhan.
Terus menggali ilmuNya di bumi bertuah.
Tinggalkan semua sisa sisa jahiliyah.

Kamu adalah permata.
Tabah dan cekallah dalam mengharung susah dan payah.

Kamu kuat.
Ya, saya tahu.
Kamu, boleh buat !

-UNKNOWN-

Wednesday 2 March 2016

TERIMA KASIH CIKGU

Unknown | 3/02/2016 | 1Comments |

Harini cuti setelah kerja pagi 5 hari. So harini decide nak mereput je kat rumah sambil baca buku, main sudoku dan latest hobi--> masak 😙

Masa tengah main sudoku tadi tiba tiba macam bosan so terpikir nak buat soalan math.. Tapi xde buku latihan.. Kalau adik balik drpd asrama kompem shida lenjan buku dia and buat latihan math sambil ajar dia. Well, shida ni mmg minat gila math. Tapi dah banyak yg lupa. 😭.

Throwback jap.
masa Form 2, shida belajar dengan sorang ustaz ni. Ustaz X nama dia.. MasyaAllah.. belajar math dengan dia hampir semua topik xfaham. End up setiap kali time math shida akan tidur or main main kat belakang. Pastu result final year TAK LULUS. Nanges nanges.. sebab peraturan sekolah masa tu.. dapat 10A sekalipun..kalau ada 1 subjek fail maka kau duduklah di kelas last.

Masa tu down sgt sebab budak kelas last kat skola ni ramai nakal nakal dengarnya. So shida lalui Form3 dalam kelas last.. Belajar math dengan ustaz lain.. Alhamdulillah PMR dapat A!!! Masa Form4 plak.. again! belajar admath dengan Ustaz X.. bukan tu je.. fizik pon belajar dengan dia.. Ya Allah.. masa tu rasa xsuka sangat.. ponteng kelas xpayah ckpla.. Ustaz X xperasan pon. So final dapatla shida FAIL dalam addmath & fizik.. Nasib baik subjek lain oke.. dan masa tu peraturan yg lain..so boleh steady dlm kelas yg sama..yeay

So masa F5 addmath belajar ngn ustazah. Fizik still Ustaz X yg ajar.. end up result SPM keluar je.. addmath dpt A!! Fizik Fail kau! Nasib baik result lain bagus bagus. heks..dptla merasa masuk KMJ amik sains hayat.... 

Masa kat KMJ amik subjek bio kimia n math yg utama.. Masalah kalini dpt lect Bio yg hmm..hm...xsuka.. so result sem 1 kimia A,math A, Bio? Bio C! dahla tu C tolak pulak.. so sad.. Sir Bio pon kecik hati sebab result shida paling teruk DAN shida kene ikut kelas personal dengan dia.. Nanges.. Nanges.. Result dah teruk. mana mungkin dpt jadi doktor. Dengan bisikan kawan kawan yg konon nanti shida dpt Uni dengan kos sampah. Shida pon decide nak keluar n mohon SPA.. Sir Bio cakap.. kalau pergi belajar nursing, lagila shida akan gagal kalau xnak ubah diri cintakan subjek tu.. Act bukan xsuka Bio. Tapi xsuka Sir.. 

Hasilnya shida dapat 4Flat dalam subjek anatomi masa Sem 1 Nursing. Dengan PNGK 3.8+ . Merasa pulak jadi best student. Huhu.

So kesimpulannya bila fikir balik.. Tak baik kita xsuka dekat cikgu kita.. Badi tau.. Kita xsuka dia, ilmu dia bagi xberkat. Tu yang susah sgt nk paham apa yg dia ajar.. Allahuakhbar.. Bila kat Kolej Nursing. Rasa menyesal pon ada xbelajar Bio betul betul. Tapi.. bila kita pandang dengan hikmah.. Masya Allah.. Ada sebab kenapa shida FAIL Bio.. Sebabnya shida xmampu nak jadi doktor.. Jadi Nurse pon dah separuh nyawaa.. Apatah lagi doktor. Ye dak? Allah letakkan kita takat yg kita mampu hadapi. Dan Inilah jalan Shida 😁

Tuesday 1 March 2016

MAKEUP TEBAL

Unknown | 3/01/2016 | 0Comments |
Zaman dolu dolu
Masa tengah sibuk sibuk dekat wad tadi, dapat call daripada sister. Urgent katanya..

SR: Shida, masa nurses day nanti kitorang ada nak buat kelas grooming, boleh x shida ajar makeup? Ajar grooming sekali..

Allah.. hati ni terus macam.. erm.. ntah, xtau nak describe macam mana. Lepas ditampar oleh makcik hidayah shida tinggalkan terus dunia tu. Dunia yg boleh dikatakan dunia glamour pada shida. Huhu.

Zaman yang mana masa tu update blog sume pasal kecantikan.
Zaman yang mana masa tu sibuk layan wasap drpd orang yg baca blog utk dapatkan tips.
Zaman yang mana masa tu pergi mana mana orang akan tegur pasal kulit, makeup dan shawl.

Tapi sekarang shida tinggalkan dunia tu. Tinggalkan semua. Shida mula biasakan diri "less is more" .. G kerja sekarang pon xmekap dah.. Senang nak solat. Cepat sikit prosedurnya. *happy.

Tapi jauh dasar hati mmg teringin jugak ajar org makeup balik. Tapi.. takut, takut kalau kalau org yg shida ajar tu.. berhias tidak kene tempatnya... Tak mau Tak mau. Alah.. ntahla.. xtau apa sebenarnya. Yang penting.. xnak buat...sorry sister.


Balik kerja terserempak pulak dengan matron. Alahai~ Maaf, saya mmg dah xajar orang berhias ni😭

Tuesday 2 February 2016

Kosong.

Unknown | 2/02/2016 | 1Comments |
Lately aka sepanjang Januari.Hati rasa kosong. Lalai. Mudah letih. Senang nak marah. Serabut. Senang nak menangis. Solat macam xkhusyuk. Kerja penat. Cepat mengeluh. Ya Allah, Ya Rabbi... ampunkan shida.. :'(

So mlm ni decide utk kenang dan muhasabah diri. Sepanjang januari. Shida jrg sedekah. Senyum pon susah. Shida xkonsisten solat sunat. Tak konsisten tahajud.. Masa nak solat sunat taubat tadi. Tiba tiba hati ni berdebar gila gila.. MasyaAllah..lama betul xbuat solat sunat taubat. bila kenang semula, last buat masa dec haritu.. Ya Allah.. ampunkan shida...shida istighfar banyak banyak td smpi lembik dada mcm nak pecah..menangis xtau punca. Shida jauh dari Allah..

Kalaulah ujian yang berat boleh buatkan shida dekat dan laju berlari menuju Allah. Shida redha.. Sebab shida mmg nak dekat dgn Allah. Shida asyik lalai je sekarang.. Kenapa shida? Wad sibuk, balik penat bukan alasan xnak jumpa Allah..

Shida, hadirkan Allah dalam setiap perkara. InsyaAllah semua akan dipermudahkan.. Shida rindu...rindu shida yang dulu..shida yang rajin bgn mlm.. konsisten baca AlQuran.. muka xpernah xsenyum..

Selamat tinggal Januari. Assalamualaikum Febuari. Ya Allah, kuatkan shida untuk melangkah ya.. Shida xnak tergoda dan lalai dengan nikmat dunia. Shida nak menuju Allah..Bantu shida ya :').