Thursday 3 September 2015

Stokin Dan Handsock

Unknown | 9/03/2015 | 1Comments |


Alhamdulillah. Dua hari cuti. Berjaya jugak renovate bilik dengan jayanya. Yeah. New look. Masa proses mengemas. Shida kumpulkan semua barang dan susun baik baik. Susun cantik cantik.

Dan apa yang shida perasan. Stokin dan handsock sekarang dah banyak. Masing masing penuh satu bakul. Especially handsock. Banyak nau nau pattern & colour yang comel comel. Senyum. Siapa sangka sekarang dua mende ni mmg shida wajib pakai bila keluar rumah. Berbanding dulu. Tshirt pendek yg jadi pilihan. MasyaAllah. Terima kasih Allah. Sentuh hati shida. Bagi peluang nak berubah.

Bukan mudah nak mula pakai stokin dan handsock. Masa mula mula pakai ada yg cakap mcm baru lepas pantang pakai stokin keluar rumah. Macam ustazah pakai handsock setiap masa. Senyum jelah. Allah kira semua tu.

Tapi apa yang menggembirakan, ada juga yang tanya macam mana nak mula? Allahu, bila kita nak berubah kerana Allah, Allah akan dekatkan kita dengan orang yang nak berubah juga. Sama sama menuju Syurga-Nya. :).

Tak biasa beratokin. Tak biasa pakai handsock. Takpa. Kita sama sama usahakan. Mula mula memang rasa panas. Tak selesa. Lama lama, kita akan terbiasa. Sampaila satu tahap, bila kita tak pakai stokin, tak pakai handaock kita rasa malu, rasa tak selesa, rasa tak selamat. Allahurobbi. Itu semua tanda tanda kita cinta pada diri dan maruah kita.

Selamat berstokin dan berhandsock ya sahabat!

1 comment:

  1. Alhamdulillah,
    Tahniah dik diberi hidayah dari Nya..

    Moga kita sama2 terus menjadi muslimah yang sejati..

    Bila seronok berat badan turun.
    AMBIL CAKNA JIKA NAK KURUS

    ReplyDelete